I love her like you do too.
POSTED ON 01 February 2013
Jika sesetengah mereka (wanita) suka pada lelaki yang pandai berkata-kata tetapi tidak saya. Itu lakonan, tak suka ! In the name of Allah, The most gracious, The most merciful. Assalamualaikum. Cukup sekadar perilakunya yang lawak dan alim. Semoga dipertemukan :')

Aisyyy, pebenda aku mengarut tu kekeke. Ini story enam belas januari lepas, hari rabu. Konon buat-buat dah terlambat ke kelas menjahit padahal memang dah 25 minit lambat. Kelam-kabut salam mama dengan bekas mekaniknya, phew sampai. Sempat akak tu perli 'baru nak call, ingatkan tak dtg', uhuk. Habis kelas terus balik rumah. 'Kakak !!! cili benggala, cendawan tiram, sos prego, serbuk origano, daun saderi mana ada, cane nak buat ?!'  'guna jela bahan yang ada tu' 'mana boleh... dkt youtube org tu buat lain' 'nanti akak gi tesco'. K selesai. Hehe, memang mista google dan cik youtube banyak membantu untuk first time selfmade spaghetti haku. Sementara tunggu kakak, aku potong cendawan butang dan bahan menumis semua. Lepastu pang pung pang pung pang, siap .....
Kakak pulak buat crepe. Selalu yang kita makan letak durian kan, kakak punya letak buah peache dengan nangka. Ye bunyi pelik, tapi boleh tahan gaaaak kekeke. First time selfmade juga. Lagi sekali, bantuan mista google onyeh ~
Seorang wanita yang telah melahirkan kami (biwan, kakak, acab, saya dan daeya). Yang banyak mengorbankan hal peribadinya untuk kami. Yang selalu jaga pemakanan kami. Yang didik dan jaga kami dari kecil sehingga kini. Yang tabah dan kental dalam hidupnya. Suprise ni kiteorg buat untuk mama sempena  hari kelahirannya. Lepas maghrib kiteorg celebrate. Tanpa diketahui, tapi rasanya mama tahu dan pura-pura tak tahu. Biasalah, instinct seorang ibu memang begitu. Alhamdulillah, semuanya ocem :D
Walaupun tak cukup lagi dua orang tapi kami tetap ''one happy family at home ~'' kekeke.
sembilan belas lapan pulan lima sehingga dua ribu tiga belas dan kebahagian itu tidak pernah luntur.