Holiday #2
POSTED ON 19 February 2013

Tum paas aaye, yun muskuraaye
Tumne na jaane kya sapne dikhaaye
Ab to mera dil, jaage na sota hai
Kya karoon haye kuch kuch hota hai
Kya karoon haye kuch kuch hota hai 
In the name of Allah, The most gracious, The merciful. Assalamualaikum. Hahaha sweet kan lagu tu :D Entri ni adalah entri bersambung. Baca tittle pun tahu kaaan.
Hari kedua, kita posing sebagai kenangan dalam bilik homestay sebelum gerak ke Kelantan. Pagi tu kami makan nasi lemak lauk ikan apetah *garu pale*. Untuk alas perut katanya.
Tak sah lah dah pijak negeri penyu tapi tak singgah Masjid Kwishteel. Lihat pelakon-pelakon tambahan dibelakang, kemain hebat gayanya kalah pelakon utama dihadapan hihi.
Dan inilah pengarah serta penerbit yang banyak berjasa ketika lawatan. Dari kiri cikgu norhanifah, cikgu kiha, cikgu wan har, cikgu latifah dan cikgu kamariah. Sekali cikgu kamariah bersuara memang tak kering gusi. Inilah kehebatan guru bahasa melayu. Lepas solat jamak zohor-asar, kami ke Pasar payang dan Losong. Memasing shopping sakan !!! Yang sedihnya takde satu gambar pun dekat situ, sooobbbsss.
Sampai negeri Kelantan, kami ke Wakaf Che Yeh. Aduuuh, sumpah rambang mata. Banyak gila jenis pakaian dan tudung. Amaran kepada kaum adam, jangan ke situ bersama kaum hawa. Konfem poket anda kempis selepas itu wahharhar. Kami sangat bernasib baik sebabnya sejurus bas bergerak hujan turun dengan bangganya, phewww. Malam tu bermalam di homestay Kelantan pula. "Awak semua jangan membazir air, tadah air tu, disini ada masalah air sikit" peeeeh sedih ~ Lepas solat jamak isyak-maghrib kita pekena 2 maggi cup wallaaah kekeke. Homestay ni ada astro, apalagi k-drama lah sampai tengah malam haih. Tidur. Hari kedua tamat :D