Everything was fine.
POSTED ON 07 February 2013
Bila dah berdoa tu, janganlah pula bersangka buruk dengan Allah. Jangan fikir doa kita tak diterima. Kita kena yakin Allah SWT akan menerima doa itu satu hari nanti. Kadang-kadang Allah SWT tidak mengabulkan doa-doa yang dipinta oleh hamba-hambanya kerana Dia mahu memberikan yang lebih baik berbanding dengan apa yang dihajati oleh kita. Kerana Dia tahu apa yang terbaik buat kita umatNya. Kadang-kadang Allah SWT sengaja melambatkan tempoh untuk mengabulkan doa kita. Kenapa ? Kerana Dia mahu melihat sejauh mana kesungguhan dan sedalam mana sifat sabar hamba-hambanya dalam meminta sesuatu daripadaNya. - Ustaz Ismail aka El
In the name of Allah, The most gracious, The most merciful. Assalamualaikum. Berikut sebenarnya dialog salah seorang watak dalam novel TIA (Tolong Ingatkan Aku karya Mimie Afinie). Novel ni mama yang pilihkan time dekat Popular.

"Takde yang lain dah ke ?" "Tadi saya nampak tinggal 2 je". 
***
"Maa, plastik dia dah kekoyak lah" "Kalau nak baca tengok isi dia bukan luarannya" ~

Disebabkan antara 3 buah novel yang baru dibeli plastik novel TIA the worst, kamu dipilih sebagai kapten ai ai. Permulaan dia je dah buat hati berkobar-kobar (baca lagi baca lagi). Suku dia je 'weh baca lagi'. Half of the story 'lepas ni apa jadi?'. Ending dia ? Kalau boleh aku nak jadi macam watak perempuan (Azah) dalam tu, tapi ... dan sepuluh lagi tapi ... kuasakan lima pulak 'tapi' tu. Uhuk (nvm, just be yourself). Eleh novel cinta latuh, tak habis-habis. Macam tkde buku lain je. Tumbok kamo *dush*. Memang tak dinafikan, yang menariknya tentang novel ni, dalam tak sedar novelis sedang mengingatkan kita tentang dosa dan pahala. "Jahannam (Hell) has been covered with temptations & Jannah (Paradise) has been covered by difficulties"- sumber, mista twitter kekeke. Awak, baca tau novel tia ni hehe. Ye awaklah :') Wonder lah jugak kekadang tu, sejak bila aku tergolong dalam mereka yang suka baca novel ni. Padahal dedulu baca satu bab je dah mengeluh haha. Mungkin aku semakin matang, k tak nampak kaitannya langsung puih.
Ini gambar masa kelas kelima. Which mean aku dah sebulan seminggu mengikuti kelas menjahit dengan Adilah sementara tunggu result spm. And now dah febuari lepastu mac lepastu result lepastu argh ! "La, mungkin ** haribulan ni kau dah boleh start" "Yeke sha ? yeay plus excited face". Kerja, kekeke macam tak percaya dah habis sekolah. Lepasni makin penatlah nampaknya. Tailor class and working, it's okay I can.
Lepasni jugak schedule aku pun tak tahu cane, hopefully kita dapat datang kelas jahit sama-sama dila. Gambar ni engkolah tangkap, kesian mata kita takde. Sobss.