Disember post.
POSTED ON 16 December 2012
Kali terakhir saya berblog time lepas trial spm. Yes, a little bit changes that I've been make yesterday. New templete and new song. In the name of Allah, The most gracious, The most merciful. Assalamualaikum. Saya hanya merindui laman web ini, dengan itu saya berblog. Last paper saya pada 27 Nov dan sekarang dah 17 Dis. Masih mencari hala tuju, hahah tersesat agaknya. Kawan-kawan saya ramai yang sedang mengambil lesen sekarang. Semoga korang lulus ye !

7 Dis '12 - Saya outing dengan atiqah, tasha, hajar, and shida. Time tu rasa macam dunia ni kami yang punya, rasa freedom sangat. Habis spm katakan. Orang kata, kau nak jalan kaki kat atas tangan kat bawah pun takpe. Kau nak jadikan malam itu siang dan sebaliknya pun takpe. Asalkan ia masih tak bercanggah dengan hukum dan engkau pandai jaga diri, it's okay. Masa ni kami tengok wayang cerita Wreck It Ralph dan makan dekat Chicken Rice Shop. Tapi kami rasa cam tak puas outing haritu. In sha Allah lepasni kami keluar lagi, before atiqah (tudung biru) pergi plkn di Perak. Dia dapat first intake, untung ahh. Dah lah dapat plkn, first intake pulak tu. Apa-apa pun jaga diri ye nanti. Saya sayang awak dan saya rindu persahabatan kita.
Malamnya pulak saya gerak Langkawi. Menginap di sebuah apartment, 3hari 2malam. Memandangkan saya dah pernah pergi lawatan masa form 2, so saya tak rasa sangat seronok. Hanya seronok je *amboi tak kenang budi betul* hehe. Time ni berhenti makan dekat Restoran NamaTakIngat. Cerita dia macam ni

pak order (bdk lelaki sebenarnya) : nak makan apa ? *pegang kertas/pen*
dik montel (saya): kuey teow kungfu.
pak order: haa ?
dik montel: kuey teow kungku (volume suara dikuatkan)
pak order: kuey teow kungfu tkde, silat ada dik *muka sesengih*
dik montel: char kuey teow lah.

Sejak haritu aku asyik nak pesan char kuey teow je. Singgah makan dekat Pekan Rabu, Alor Star pesan char kue teow. Dekat rumah pulak mintak biwan beli char kuey teow. Apalah yang diletaknya dalam char kuey teow tu sampai ter- addicted. Tapi memang sedap, laju je makan. Slrrp slrrp slrrp hirup kuah aik dah habis.
Cuti bulan disember ni memang tak buat apa sangat. Paling penting kite baca novel sampai pagi buta. Seriously saya suka novel "Dia Idaman Hati", tunjuk thumb up dekat Nadra Yasmina :) Nak habiskan cuti mcm budak sekolah jugak. Next year baru struggle, eh. In sha Allah kalau ada rezeki dapat pegang duit sendiri.

Saya rindu kelas dan penghuni 5ST2. Ok bye.