Apple kaler unggu
POSTED ON 08 June 2012
Assalamualaikum.

Cuti dua minggu tinggal dua hari, k saje bagitahu *muka jahat*. Kadang-kadang saya suka terperap dalam bilik sensorang. Sebab masa tulah saya bayangkan masa depan yang misteri. Raut wajah kawan-kawan masa gelak ketawa sebab time tu jelah muka sebenar mereka muncul, HAHAHAHA. Dosa sejak dah akil baligh sampai sekarang. Ya Allah ampunkanlah segala dosa kami, berkatilah kehidupan kami, amin. Haaaaaccum, maaf  "kalau aku susah sekarang aku tak kesah tapi jangan selepasnya". 
Okay, cuti sekolah kau buat apa ?


Itu check list sayaaaa, KEHKEHKEH. Sungguh tak stabil. Saya tak suka cuti sekolah, TAK SUKA HOOOWH PADAHAL. Waktu tidur habis tunggang-langgang, tak menentu semuanya. Kalau waktu sekolah rasa macam " tidur kena cepat nanti lambat sampai sekolah kena kad hijau, ok esok kena buat ni, jangan lupa kerja tadi pun wajib hantar esok kalau tak kena kad kuning ". Hahaha paling takut bila kena kad kuning, sumpah. Alhamdulillah, tak pernah kena lagi dari sekolah rendah sampai sekarang. Rasanya, mwehihihihihihihi. Haa yang tanda paper tu mak saya punya kerja, saya ambil alih. Dia cakap "ilah tanda kertas cekaplah, nanti jadi cikgu ye" . Ok maa ok maa, nanti ilah explain semua murid terlopong :O


-situasi: khamis malam-

saya: *batuk batuk dan batuk* kuat sangat rasanya sampai ......
mama: *buka pintu bilik* Nah .... *menghulur*
saya: ape tu ?
mama: ubat batuk.
saya: pahit tak ?
mama: manis .... *lalu keluar*

Dear penyakit, dah nak habis cuti baru nak datang kan :(  Maaf, tajuk takde kaitan, bye hihi :)