Thank you for being my boy
POSTED ON 23 November 2011
Peace be upon to you,

[ciki-ciki, ciki-ciki] 
Tiba-tiba saya terjaga dari tidur sejurus satu sms masuk. Memang saya ada hantar satu sms dekat FarizLokman semalam, tapi tak dibalasnya serta-merta. Okay fine. Maybe Ayiz buzy dengan kerja part time di Sunway yang baru dapat Selasa lepas dan penat, sebab tu dia baru reply kot. Ayiz bekerja untuk mengisi masa lapang sementara menunggu tahun 2012. Lagipun tahun depan nak SPM, banyak buku dan duit yang akan digunakan, katanya semasa kami keluar bersama tempoh hari. 

Saya dah pun nasihatkan dia jangan bekerja sekarang. Tunggu habis SPM nanti baru cari kerja part-time kalau tak dapat PLKN. Lagipun mama papa Ayiz sangat berkemampuan untuk membeli semua tu. Masa yang terluang boleh dibuat ulangkaji subjek yang lemah terutama Bio, Fizik, dan Kimia. Tapi Ayiz degil, degil sangat. Berbuih juga mulut ni nasihatkan dia dan seperti biasa dia akan tenung wajahku sambil senyum lebar macam dapat duit dari langit. Walaupun dia degil, Ayiz selalu tunjukkan sesuatu yang mengembirakan selepas itu. Saya melihat mesej yang masuk

From: Harith (kawan rapat Ayiz)
Apesal dia pulak yang text aku nih, tebiat apa !
text: Allah sayang Ayiz lebih dari kau, sabar tau weh

Setiap yang hidup pasti menemui ajalnya, bersabar dan tempuhilah dengan hati yang tenang
-THE END-

Hihi, nonsense je lebih. Post kali ni dibuat untuk menaikkan nombor di dashboard yang bersebelahan Posts. Tiada arah dan tujuan. Rekaan semata-mata, lu kena beb. Wuehhii, kbai :})